Wednesday, January 28, 2009

Jom bersama sertai Festival ini!!!



Adakah anda peminat wau dan layang-layang?

Anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang wau dan layang-layang?

Adakah anda gemar bermain layang-layang dan ingin bermain sama?

Adakah anda kreatif mencipta layang-layang dan ingin menerbangkan hasil rekaan anda di tengah kota Kuala Lumpur?

Jika "YA", marilah beramai-ramai memeriahkan FESTIVAL WAU DAN LAYANG-LAYANG (4KL) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa.

Bawalah hasil rekaan layang-layang anda dan bersama-sama terbangkannya.

Ayuh, kita sama-sama memeriahkan festival ini!!!

Kategori Kekek Laga

1. Terbuka Kekek Laga

Syarat-syarat:

1. Pertandingan ini boleh disertai oleh minimum 2 orang
2. Peserta diminta membawa layang-layang yang telah direka siap ke tapak pertandingan
2. Tema dan corak untuk rekaan layang-layang adalah bebas, bahan adalah bebas, tetapi layang-layang hendaklah tanpa ekor
3. Ukuran layang-layang : 3 kaki x 3 kaki
4. Dimensi layang-layang : 2 dimensi
5. Tali layang-layang untuk sesi laga sahaja disediakan (tali untuk mencuba layang-layang sebelum pertandingan bermula tidak akan disediakan)
6. Pelajar sekolah/IPT yang ingin menyertai pertandingan ini mestilah memberi nama kepada pihak yang terlibat di sekolah/IPT masing-masing selewat-lewatnya seminggu sebelum hari pertandingan (21 Februari 2009) bersama-sama dengan yuran penyertaan RM 2.00.
7. Borang penyertaan juga boleh didapati melalui blog ini.

Ukuran layang-layang: 3 kaki x 3 kaki (panjang x lebar)



Cara permainan :

Kekek Laga

Kekek laga/Malay Kite Laga adalah sejenis pertandingan layang-layang di mana para pemain layang-layang tersebut akan memutuskan tali pihak lawan mereka. Pertandingan ini terdapat 2 pusingan. Pada pusingan pertama, para peserta akan dibahagikan kepada 3 kumpulan besar yang terdiri daripada 10 orang. Dalam masa tempoh 15 minit, 4 pemain dalam kumpulan tersebut yang berjaya mengekalkan layang-layang mereka akan masuk ke pusingan akhir. Dalam pusingan akhir pula, 3 pemain yang berjaya mengekalkan layang-layang masing-masing akan dikira sebagai pemenang. Ukuran layang-layang mestilah 3 kaki x 3 kaki (berbentuk rombus atau 4 segi) dan tiada ekor. Corak rekaan layang-layang anda adalah bebas. Layang-layang mestilah bukan yang dibeli.

Segala keputusan pertandingan oleh pihak juri pada hari festival tersebut adalah muktamad.
Sekiranya pada hari festival cuaca tidak mengizinkan, pemenang akan ditentukan berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan layang-layang.