Thursday, February 26, 2009

Pameran dan Jualan Wau dan Layang-Layang












* Adakah anda berminat bermain layang-layang?

* Adakah anda rindu dan teringin sangat ingin bermain layang-layang?


MARILAH KE PAMERAN DAN JUALAN WAU DAN LAYANG-LAYANG DI TAMAN TASIK TITIWANGSA, KUALA LUMPUR!!!

ADAKAH ANDA BERMINAT INGIN MENGETAHUI CARA MEMBUAT LAYANG-LAYANG???

MARILAH KE DEMONSTRASI/BENGKEL MEMBUAT LAYANG-LAYANG...

PELAJAR KTSN YANG MENYERTAI PERTANDINGAN/AKTIVITI YANG ADA, AKAN DISEDIAKAN MERIT.

KUIZ WAU DAN LAYANG-LAYANG - ADAKAH ANDA TAHU TENTANG WAU DAN LAYANG-LAYANG

Kekek Laga (Beli)

Terbuka Kekek Laga (Beli pada hari festival)

Syarat-syarat:

1. Peserta boleh membeli layang-layang laga pada jualan yang diadakan
2. Tali layang-layang untuk sesi laga sahaja disediakan (tali untuk mencuba layang-layang sebelum pertandingan bermula tidak akan disediakan)

Cara permainan :

Kekek Laga

Kekek laga/Malay Kite Laga adalah sejenis pertandingan layang-layang di mana para pemain layang-layang tersebut akan memutuskan tali pihak lawan mereka. Dalam masa tempoh 15 minit, 3 pemain yang berjaya mengekalkan layang-layang masing-masing akan dikira sebagai pemenang.

Segala keputusan pertandingan oleh pihak juri pada hari festival tersebut adalah muktamad.

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA, LAYANG-LAYANG BOLEH DIDAPATI PADA JUALAN WAU DAN LAYANG-LAYANG YANG DIADAKAN PADA HARI TERSEBUT!!!

Kekek Laga Ciptaan

Terbuka Kekek Laga (Ciptaan)

Syarat-syarat:

1. Peserta diminta membawa layang-layang yang direka siap ke tapak pertandingan
2. Tema dan corak untuk rekaan layang-layang adalah bebas, bahan adalah bebas, tetapi layang-layang hendaklah tanpa ekor
3. Ukuran layang-layang : 3 kaki x 3 kaki
4. Dimensi layang-layang : 2 dimensi
5. Tali layang-layang untuk sesi laga sahaja disediakan (tali untuk mencuba layang-layang sebelum pertandingan bermula tidak akan disediakan)

Ukuran layang-layang: 3 kaki x 3 kaki (panjang x lebar)



Cara permainan :

Kekek Laga

Kekek laga/Malay Kite Laga adalah sejenis pertandingan layang-layang di mana para pemain layang-layang tersebut akan memutuskan tali pihak lawan mereka. Dalam masa tempoh 15 minit, 3 pemain yang berjaya mengekalkan layang-layang masing-masing akan dikira sebagai pemenang. Ukuran layang-layang mestilah 3 kaki x 3 kaki (berbentuk rombus atau 4 segi) dan tiada ekor. Corak rekaan layang-layang anda adalah bebas. Layang-layang mestilah bukan yang dibeli.

Segala keputusan pertandingan oleh pihak juri pada hari festival tersebut adalah muktamad.

Sekiranya pada hari festival cuaca tidak mengizinkan, pemenang akan ditentukan berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan layang-layang.

Layang-Layang Kreatif 3 Dimensi



Layang-Layang Ciptaan Kreatif 2 Dimensi

Pertandingan Layang-Layang Ciptaan Kreatif 2 Dimensi
(Tema: Flora dan Fauna)

Syarat-syarat :

1. Satu kumpulan diwakili oleh 2 orang
2. Peserta diminta hadir ke tapak pertandingan dengan layang-layang yang siap untuk diterbangkan
3. Layang-layang tersebut hendaklah ASLI, tidak dibeli dan tidak terdapat di mana-mana pasaran
4. Dimensi layang-layang : 2 dimensi
5. Ukuran dan saiz rekaan: Bebas
6. Bahan adalah bebas
7. Tema rekaan : Flora dan Fauna

Cara permainan :

Peserta handaklah mereka layang-layang tersendiri yang bertemakan Flora dan Fauna. Contoh: Layang-layang berbentuk rama-rama, bunga. Layang-layang tersebut mestilah rekaan peserta sendiri dan tiada unsur peniruan ataupun dibeli. Saiz layang-layang adalah bebas tetapi mestilah 2 dimensi.

* Segala keputusan pertandingan oleh pihak juri pada hari festival tersebut adalah
muktamad.

* Sekiranya pada hari festival cuaca tidak mengizinkan, pemenang akan ditentukan berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan layang-layang tersebut.


PENYERTAAN TERBUKA KEPADA SEMUA ORANG

MARILAH TUNJUKKAN KREATIVITI MASING-MASING

Aturcara Festival Wau dan Layang-Layang

Aturcara Festival Wau dan Layang-Layang

9.00 pagi
- Pameran dan Jualan Wau dan Layang-Layang
- Pendaftaran Pertandingan Kekek Laga
- Pendaftaran Pertandingan Ciptaan Kreatif Layang-Layang 2 Dimensi

10.30 pagi
- Persembahan Wau dan Layang-Layang
- Sesi Layangan Wau dan Layang-Layang Beramai-Ramai

11.00 pagi
- Pertandingan Kekek Laga
- Pertandingan Ciptaan Kreatif Layang-Layang 2 Dimensi
- Sesi Layangan Wau dan Layang-Layang Beramai-Ramai

2.00 petang
- Bengkel(Demonstrasi) Cara Membuat Layang-Layang
- Kuiz Wau dan Layang-Layang
- Sesi Layangan Wau dan Layang-Layang Beramai-Ramai

4.00 petang
- Penyampaian Hadiah


* Sebarang pertukaran aktiviti/aturcara adalah bergantung kepada cuaca pada hari tersebut.
* Jika hujan, pertandingan Ciptaan Kreatif akan dinilai berdasarkan kreativiti.

Wednesday, February 4, 2009

Wednesday, January 28, 2009

Jom bersama sertai Festival ini!!!



Adakah anda peminat wau dan layang-layang?

Anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang wau dan layang-layang?

Adakah anda gemar bermain layang-layang dan ingin bermain sama?

Adakah anda kreatif mencipta layang-layang dan ingin menerbangkan hasil rekaan anda di tengah kota Kuala Lumpur?

Jika "YA", marilah beramai-ramai memeriahkan FESTIVAL WAU DAN LAYANG-LAYANG (4KL) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa.

Bawalah hasil rekaan layang-layang anda dan bersama-sama terbangkannya.

Ayuh, kita sama-sama memeriahkan festival ini!!!

Kategori Kekek Laga

1. Terbuka Kekek Laga

Syarat-syarat:

1. Pertandingan ini boleh disertai oleh minimum 2 orang
2. Peserta diminta membawa layang-layang yang telah direka siap ke tapak pertandingan
2. Tema dan corak untuk rekaan layang-layang adalah bebas, bahan adalah bebas, tetapi layang-layang hendaklah tanpa ekor
3. Ukuran layang-layang : 3 kaki x 3 kaki
4. Dimensi layang-layang : 2 dimensi
5. Tali layang-layang untuk sesi laga sahaja disediakan (tali untuk mencuba layang-layang sebelum pertandingan bermula tidak akan disediakan)
6. Pelajar sekolah/IPT yang ingin menyertai pertandingan ini mestilah memberi nama kepada pihak yang terlibat di sekolah/IPT masing-masing selewat-lewatnya seminggu sebelum hari pertandingan (21 Februari 2009) bersama-sama dengan yuran penyertaan RM 2.00.
7. Borang penyertaan juga boleh didapati melalui blog ini.

Ukuran layang-layang: 3 kaki x 3 kaki (panjang x lebar)



Cara permainan :

Kekek Laga

Kekek laga/Malay Kite Laga adalah sejenis pertandingan layang-layang di mana para pemain layang-layang tersebut akan memutuskan tali pihak lawan mereka. Pertandingan ini terdapat 2 pusingan. Pada pusingan pertama, para peserta akan dibahagikan kepada 3 kumpulan besar yang terdiri daripada 10 orang. Dalam masa tempoh 15 minit, 4 pemain dalam kumpulan tersebut yang berjaya mengekalkan layang-layang mereka akan masuk ke pusingan akhir. Dalam pusingan akhir pula, 3 pemain yang berjaya mengekalkan layang-layang masing-masing akan dikira sebagai pemenang. Ukuran layang-layang mestilah 3 kaki x 3 kaki (berbentuk rombus atau 4 segi) dan tiada ekor. Corak rekaan layang-layang anda adalah bebas. Layang-layang mestilah bukan yang dibeli.

Segala keputusan pertandingan oleh pihak juri pada hari festival tersebut adalah muktamad.
Sekiranya pada hari festival cuaca tidak mengizinkan, pemenang akan ditentukan berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan layang-layang.