Thursday, February 26, 2009

Kekek Laga Ciptaan

Terbuka Kekek Laga (Ciptaan)

Syarat-syarat:

1. Peserta diminta membawa layang-layang yang direka siap ke tapak pertandingan
2. Tema dan corak untuk rekaan layang-layang adalah bebas, bahan adalah bebas, tetapi layang-layang hendaklah tanpa ekor
3. Ukuran layang-layang : 3 kaki x 3 kaki
4. Dimensi layang-layang : 2 dimensi
5. Tali layang-layang untuk sesi laga sahaja disediakan (tali untuk mencuba layang-layang sebelum pertandingan bermula tidak akan disediakan)

Ukuran layang-layang: 3 kaki x 3 kaki (panjang x lebar)



Cara permainan :

Kekek Laga

Kekek laga/Malay Kite Laga adalah sejenis pertandingan layang-layang di mana para pemain layang-layang tersebut akan memutuskan tali pihak lawan mereka. Dalam masa tempoh 15 minit, 3 pemain yang berjaya mengekalkan layang-layang masing-masing akan dikira sebagai pemenang. Ukuran layang-layang mestilah 3 kaki x 3 kaki (berbentuk rombus atau 4 segi) dan tiada ekor. Corak rekaan layang-layang anda adalah bebas. Layang-layang mestilah bukan yang dibeli.

Segala keputusan pertandingan oleh pihak juri pada hari festival tersebut adalah muktamad.

Sekiranya pada hari festival cuaca tidak mengizinkan, pemenang akan ditentukan berdasarkan kreativiti dalam menghasilkan layang-layang.

No comments:

Post a Comment